Wednesday, July 8, 2009
'KAMI' BERJAYA!!!!!!!!!!
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara. Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris."Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya. Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.Rentetan pelaksanaan PPSMIJulai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengahJanuari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendahMac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut. Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012-malaysiakini
Wednesday, April 8, 2009
Thursday, April 2, 2009
Profesor-profesor Melayu yang menentang PPSMI
Apabila gerakan anti PPSMI dikatakan berfikiran kolot,dangkal,tidak menerima perubahan,ketinggalan zaman dan lain-lain, adakah ahli-ahli akademik ni pun sama juga? Adakah mereka semua ni memang fasih berbahasa Inggeris semasa di sekolah rendah dulu sampai jadi profesor?
Berikut adalah nama-nama ahli akademik Melayu yang tampil menentang dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI).
Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan), Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi), Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) , Prof. Dato' Abdul Latif Mohamad (Botani), Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat), Prof. Dato' Abdul Razak Salleh (Matematik), Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan), Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik).
Prof. Ainoon Othman (Perubatan), Prof. Alias Kamis (Biosains), Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan), Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains), Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran), Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat), Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga), Prof.
Basir Jasin (Geologi), Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia), Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan) Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat), Prof. Hamid Lazan (Botani), Prof. Hamzah Mohamed (Geologi), Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan), Prof. Hatta Shaharom (Perubatan), Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia), Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik), Prof. Ibarahim Komoo (Geologi), Prof. Ikram Mohd Said (Kimia), Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran), Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan), Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan), Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan).
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan), Prof. Karis Misiran (Perubatan), Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan), Prof. Dato' Khalid Yusof (Perubatan), Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori), Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains
Sekitaran), Prof. Masbah Omar (Perubatan), Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia), Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan), Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan), Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran).
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi), Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga), Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik), Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal), Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal) Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan), Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran), Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi), Prof. Othman Ross (Sains Laut), Prof. Othman Omar (Biosains Molekul), Prof. Paden Morat (Bioperubatan).
Prof. Rohani Ahmad (Botani), Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor), Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan), Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan), Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik), Prof. Shahrim Ahmad (Fizik), Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan), Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat), Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan), Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi), Prof. Zainon Mohd Ali (Botani), Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran).
Wednesday, March 18, 2009
mereka menentang ppsmi bukan menentang bahasa inggeris !!!
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.
"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."
Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).
Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.
Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.
Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.
Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.
Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.
Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.
Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.
Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Raof berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.
Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.
Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.
Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.
"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.
Thursday, March 12, 2009
mereka menentang ppsmi bukan menentang bahasa inggeris !!!
WALAUPUN Kementerian Pelajaran menerima pelbagai maklum balas mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerajaan masih menangguhkan keputusan sama ada mengekal atau kembalikan mengguna bahasa Malaysia.
Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh. Apakah hasil kajian antarabangsa mengenai prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains? Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationhal Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).
Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.
Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.
Berdasarkan laporan itu, hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.
Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.
Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori Matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).
Dalam kategori ‘High Benchmark 550′ Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus).
Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara mendadak.
Ulasan laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian Matematik dan Sains ialah di kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.
Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan.
Peranan penting bahasa keluarga dalam pembelajaran akademik, misalnya Matematik dan Sains, banyak dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitif (berfikir) akademik berkembang terutama melalui bahasa pertama.
Apabila pelajar cuba belajar bahasa kedua dan terus belajar misalnya Matematik dan Sains melalui bahasa kedua, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah, iaitu pelajar sukar mempelajarinya.
Pendidikan dalam bahasa keluarga amat kritikal untuk kanak-kanak mencapai tahap kematangan mental iaitu kemahiran memahami dan membina konsep secara membina misalnya proses pembelajaran dalam subjek Matematik dan Sains.
Penjelasan ini relevan dalam konteks hasil kajian dan ulasan TIMSS yang menunjukkan pencapaian Matematik dan Sains pelajar mengguna bahasa keluarga untuk pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini secara purata lebih tinggi berbanding mereka yang belajar subjek berkenaan dalam bahasa kedua. Ini kerana bahasa keluarga di sekolah memudahkan pelajar memahami konsep subjek berkenaan.
Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.
Bagaimana kes Singapura? Penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains di Singapura adalah hampir sama dengan bahasa keluarga kebanyakan pelajar, sejak lebih 30 tahun lalu dan bahasa Inggeris meluas diguna dalam komunikasi harian di Singapura.
Berdasarkan dapatan kajian ini, Unesco mencadangkan bahasa keluarga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudah dan mengukuh kefahaman konsep kepada pelajar.
Malah, semua negara dalam Kesatuan Eropah menerima dasar untuk mengajar mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda, manakala bahasa kedua wajib yang boleh dipilih ialah bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.
Di Malaysia, pada 2003, pelajar tingkatan dua yang menjadi sampel kajian TIMSS 2003 belum terbabit dalam dasar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mereka belajar dalam bahasa Malaysia dan prestasi mereka dalam kajian TIMSS bagi kedua-dua kohort 1999 dan 2003 itu adalah baik dan membanggakan.
Ia kerana pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu memudahkan kebanyakan pelajar mempelajari dan memahami Matematik dan Sains.
Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2008 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2006 menunjukkan 70 hingga 80 peratus pelajar Tingkatan Dua menyatakan mereka sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Berdasarkan huraian di atas, kita boleh buat kesimpulan bahawa faktor utama yang boleh dihubungkait dengan kemerosotan mendadak prestasi Matematik dan Sains pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 2007 ialah pertukaran penggunaan bahasa penghantar Matematik dan Sains di sekolah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, iaitu bahasa kedua atau asing bagi kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu.
Penggunaan bahasa Inggeris menyukarkan kebanyakan pelajar belajar dan memahami Matematik dan Sains. Sukar kita mencari sebab lain yang munasabah kenapa kemerosotan mendadak ini berlaku dalam TIMSS 2007 berbanding dengan 2003 dan 1999.
Bagi Matematik jatuh dari 508 mata pada 2003 ke 474 pada 2007; dan bagi Sains pula jatuh dari 510 pada 2003 ke 471 pada 2007. Kemerosotan mendadak ini adalah yang terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian. Prestasi pelajar kita dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia juga merosot.
Perlu diingat bahawa Matematik dan Sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) diajar dalam bahasa Cina, bukan dalam bahasa Inggeris. Bagi sekolah kebangsaan (SK) pula, semua murid belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris iaitu bukan bahasa keluarga mereka.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 secara bandingan menunjukkan peratus murid SRJKC mencapai gred cemerlang meningkat, sementara prestasi murid SK pula merosot. Kebanyakan murid SK sukar memahami Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, dan 70 peratus daripada mereka memilih membaca dan menjawab soalan Sains UPSR dalam bahasa Melayu. Lebih 90 peratus murid SRJK Cina memilih menjawab Matematik dan Sains UPSR dalam bahasa Cina, tidak dalam bahasa Inggeris.
Kesan negatif ketara berikutan pelaksanaan PPSMI adalah pendidikan Matematik dan Sains di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang lebih 90 peratus murid Melayu/Bumiputera menerima pendidikan Matematik dan Sains.
Sepanjang enam tahun lalu mereka belajar dua mata pelajaran penting ini dalam bahasa Inggeris (bukan bahasa keluarga). Pembelajaran dan prestasi mereka lemah. Dasar PPSMI ini tidak menjejaskan pembelajaran dan prestasi murid SRJKC kerana mereka terus belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan ditambah dengan istilah Inggeris.
Kajian UPSI (2008) mendapati lebih 70 peratus pelajar Melayu/Bumiputera di SK terutama golongan sosioekonomi rendah di bandar dan luar bandar berdepan kepayahan belajar kedua-dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan berterusan.
Oleh kerana asas Matematik dan Sains pada peringkat rendah ini lemah, kelemahan ini secara kumulatif dibawa ke peringkat menengah dan tinggi. Golongan yang mendapat faedah daripada pelaksanaan PPSMI ini ialah 20 hingga 30 peratus pelajar daripada keluarga profesional, menengah dan bandar, yang sebahagian besarnya mengguna bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa keluarga.
Adalah satu ‘anggapan palsu’ (fallacy) bahawa kecekapan dalam bahasa Inggeris itu menjadi prasyarat penting untuk membolehkan pelajar meneruskan pelajaran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Yang sebenarnya adalah sebaliknya. Pengetahuan yang kukuh dalam Matematik dan Sains pada peringkat rendah dan menengah menjadi prasyarat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan bahasa Inggeris.
Ertinya jika pelajar lemah dalam pengetahuan Matematik dan Sains, mereka sukar melanjutkan pelajaran peringkat tinggi dalam bidang sains dan teknologi, bukan kelemahan dalam bahasa Inggeris. Pengetahuan yang kukuh dalam Sains dan Matematik (sebelum terlaksana PPSMI) membolehkan pelajar kita menyambung pelajaran tinggi dengan mudah di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Russia, selain dalam bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia.
Dengan mudah mereka belajar bahasa kedua untuk meneruskan pengajian mereka sebab pengetahuan Matematik dan Sains mereka kukuh. Perkembangan latihan modal insan dalam sains, teknologi dan profesional akan terjejas teruk terutama di kalangan bangsa Melayu/Bumiputera.
Dasar PPSMI mengecilkan peratus dan bilangan pelajar Melayu yang cekap dalam Matematik dan Sains untuk pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Strategi pembangunan modal insan melalui dasar PPSMI adalah strategi yang salah untuk membina keupayaan modal insan sains dan teknologi anak bangsa.
Ia terus membantut keupayaan ekonomi mereka dan perkembangan ekonomi seterusnya. Ini akan melebar jurang antara kaum dan kelas sosioekonomi dan boleh menjejaskan kestabilan negara.
Strategi yang munasabah dan realistik untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan bermakna bagi pelajar kita ialah kembali semula kepada dasar mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu kerana hasil Kajian TIMSS 1999 dan 2003 membuktikan prestasi pelajar kita dalam Matematik dan Sains dalam kohort yang diajar dalam bahasa Melayu itu tinggi.
Sebaliknya kohort yang diajar dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 2007 itu prestasi ujian Matematik dan Sains TIMSS 2007 mereka merosot dengan ketara, kerana kebanyakan mereka sukar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Pelaksanaan dasar kembali mengguna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik tidaklah sesukar seperti yang cuba digemburkan. Baiki kurikulum dan pendekatan bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah dan menengah kita. Ini tidak sukar dilaksanakan.
Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron ialah Profesor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim merangkap Ketua Pengkaji Kesan PPSMI Terhadap Prestasi Mata Pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah dan Menengah 2008
Tuesday, March 10, 2009
| mereka menentang ppsmi bukan menentang bahasa inggeris !!! | |
| Demonstrasi 100,000 rakyat menuntut agar rancangan "pelik, aneh dan bengap" Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sememangnya berjaya dengan cemerlang sekali. ![]() Sekalung tahniah buat pihak penganjur yang mengatur persiapan rapi sejak awal, juga para pejuang bahasa, aktivis budaya, pemimpin politik dan sudah pasti orang ramai, termasuk pelajar-pelajar sekolah yang bersedia dikejar anggota FRU dan ditembak gas pemedih mata, semata-mata bagi merakam sejarah baru era perjuangan bahasa yang lebih mencabar. Kehadiran cukup memberangsangkan. Lautan manusia, walaupun terpecah-pecah kerana disuraikan polis secara ganas, bukan sekadar mahu menyampaikan mesej jelas-tegas buat pemimpin kerajaan BN, malah mereka bertekad tinggi untuk melakukan perubahan menyelamatkan masa depan anak bangsa. Mereka sedar penguasa sombong-angkuh BN selalunya sukar memahami bahasa lunak melalui diskusi, perbincangan meja bulat atau memorandum yang dikarang indah. Ada pihak menyifatkan himpunan petang Sabtu itu satu kebangkitan menyeluruh umat Melayu (tanpa mengetepikan ia turut dimeriahkan oleh pelbagai NGO dari masyarakat Tionghua dan India) dan petanda penolakan mereka terhadap Umno yang terbukti telah "menjahanamkan" bangsa, agama dan negara. Orang Melayu dalam pilihan raya ke-12 lalu masih meninggalkan sisa-sisa sokongan buat Umno, namun parti berkenaan jelas "tidak mengenang budi". Jerit Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein bukan sahaja tidak mengambil berat bantahan tokoh-tokoh ini terhadap PPSMI, tetapi turut membuat tohmahan melulu bahawa mereka diperalatkan oleh pembangkang. Ya, selepas Umno menutup pintu daripada mendengar kritikan-teguran para pejuang bahasa ini, yang sarat dengan hujah bernas dan argumen konkrit, pemimpinnya bertindak liar menghamburkan penghinaan, sehingga rombongan menghadap Lalu, diulang-tayang propaganda tujahan media bahawa pihak yang didakwa mencetuskan keganasan adalah peserta himpunan atau penunjuk perasaan, walhal mereka sebenarnya yang menjadi mangsa. Semuanya taktik lapuk dan usang yang terbukti selama ini telah memakan tuan. Rakyat makin muak dan jelak, seperti marahnya mereka dengan rampasan kuasa di Perak dan bagaimana paparan media terhadap drama berkenaan. Lebih aneh, Abdullah Ahmad Badawi yang bakal bersara beberapa hari lagi bersuara lemah memohon Kementerian Pelajaran supaya disegerakan keputusan yang wajar bagi mengelakkkan Mengapa tidak digunakan kuasa eksekutifnya untuk mencabut dasar "gila" ini, yang mana ketika diperkenalkan dahulu langsung tidak pernah dirundingi biarpun ia bercanggah dengan Perlembagaan dan apa jua undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan? Ataupun Abdullah sudah dikepung dan "diikat kaki dan tangannya" oleh Najib Razak, sehingga terpaksa melutut meminta ehsan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin, yang juga sepupu Najib? Memalukan betul! Sedangkan ramai mengharapkan Abdullah mampu menjernihkan suasana yang dilihat serba buntu dalam tempoh kritikal ini. Ataupun Abdullah kini ibarat harimau kehilangan taring dan sudah dikerat kukunya. Elok juga direnungi dua perenggan terakhir ucapan tokoh besar PAS, Almarhum Tan Sri Asri Muda, di bawah ini sewaktu menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967) - yang terus mengagungkan bahasa Inggeris - di Parlimen, pada bulan Mac, 1967 di hadapan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abd Rahman. PPSMI pastinya lebih ganas dan merbahaya. Justeru, ia sewajarnya ditentang habis-habisan, sehebat mungkin, bagi memastikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia dapat dipulihkan, selain penganiayaan terhadap anak-anak kita dapat dihentikan segera. "Tuan Yang Dipertua, saya percaya, bahawa suara hati yang saya kemukakan di Dewan ini, itulah juga suara hati yang lahir daripada nurani tiap-tiap seorang anggota Dewan yang berjiwa dan bersemangat cintakan bahasa kebangsaan, cinta sejati, cinta bersih bukan cinta celupan, tetapi Tuan Yang Dipertua, keadaan yang mengikat dan kepentingan yang mengelilingi mereka itulah sahaja yang saya rasa mungkin menyebabkan mereka tidak berani membuat tentangan; hati membangkang, seradang-radangnya, mulut membungkam seribu bahasa, hanya tangan terangkat ke atas menyatakan setuju pada zahirnya, tetapi menyerah kalah pada hakikatnya. "Akhirnya, Tuan Yang Dipertua, saya berani menyatakan di sini bahawa tentulah bangkangan yang saya kemukakan ini akan ditindas atau akan dikalahkan dengan jumlah kepala-kepala penyokong kerajaan dalam Dewan ini nanti, tetapi, Tuan Yang Dipertua, biarlah sejarah mencatatkan bahawa kelulusan rang undang-undang ini adalah tambahan daripada dosa-dosa jenayah politik Umno yang telah begitu banyak untuk diadili oleh mahkamah sejarah keturunan bangsa Melayu yang akan datang kelak." _ |
Wednesday, February 25, 2009

Kadang-kala kita rasa kira betul..orang lain semuanya salah...bila kita yakin kita betul..kita akan cuba memperbetulkan apa yang kita anggap kan sebaggai salah...salah sesalah salahnya...
sama-sama kita nilaikan surat ini..
mereka menentang ppsmi bukan menentang bahasa inggeris !!!
PPSMI: Dr M.. bertaubatlah sebelum 'wafat'
Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.
Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.
Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.
Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.
Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai 'bakal' Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.
Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk 'maintenance' kereta peribadinya sendiri?
Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.
Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?
Wanita-wanita yang teraniaya
Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.
Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: "Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!"
Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.
Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.
Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?
Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.
Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.
Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.
Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?
Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang.. akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.
Hari kematian Tun makin hampir
Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.
Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.
Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.
Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.
Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.
Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.
Kini.. selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.
Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..
Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa Auku sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; Auku dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.
Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.
Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.
Umno berjiwa Inggeris?
Arakian.. baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.
Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-
Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.
Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang.
Tun.. Nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap Umno yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama Umno itu sendiri menunjukkan bagaimana Umno terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.
Oh ya Tun..sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut..
"Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato' Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
"Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato' Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.
"Saya berharap YB Dato' Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini."
Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu.
"Dato' Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap," kata ahli Putera Umno tersebut.
Bermakna, Dato' Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa 'mengupah' orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.
Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.
Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.
"Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh," kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). "Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini."
Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, "Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok."
Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.
Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai 'angry young man; (tetapi sedikit berjiwa romantis).
Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.
Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).
Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.
Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.
Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.
Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?
Sekian Tun.. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.
Tapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.
Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.
Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?
Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.
Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
Syahadan.. Tun, berjuanglah bersama kami.. Mansuhkan PPSMI!
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Justeru, perarakan raksasa 7 Mac lalu boleh dianggap langkah awal sementara menantikan respons sewajarnya, sebelum tindakan lebih berkesan melalui peti undi dapat dibuat kurang lebih tiga tahun lagi.
derita orang Melayu tidak dihiraukan, malah diremehkan. Lihat saja layanan pemimpin Umno terhadap gema suara tokoh-tokoh Melayu, misalnya Sasterawan Negara A Samad Said dan bekas Ketua Pengarah DBP, Dr Hassan Ahmad.
Yang di-Pertuan Agong pun ditembak gas pemedih mata secara sembrono dan membabi-buta.
tercetusnya isu lebih besar pada masa depan. Laihnya Abdullah seolah-olah jawatan Perdana Menteri bukan miliknya lagi.